Punca Maritim Australia Gagal Kesan Objek Disyaki MH370
AnonymousKUALA LUMPUR: Cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi yang dipercayai boleh membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu
Menerusi akaun Twitter rasmi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), @AMSA_News, ia berkata bahawa pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion, gagal mengesan objek berukuran 24 meter itu.
Namun pesawat lain akan diterbangkan untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370:
RAAF P3 crew unable to locate debris. Cloud & rain limited visbility. Further aircraft to continue search for #MH370
5:44 PM - 20 Mar 2014
AMSA News @AMSA_News
Follow
428 RETWEETS 61 FAVORITES
Awal hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan Hindi namun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Semetara itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →