Fazura Nafi Kereta Alphard Dibeli Oleh Romie | Perampas, perosak rumah tangga dan menjadi punca rumah tangga bergolak. Begitulah antara dakwaan yang dilemparkan kepada Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, apabila dia dikatakan cuba untuk memusnahkan rumah tangga yang dibina oleh kekasihnya, Romie Razin Adilha bersama Nurliyana Abdul Manan.
Menerusi laman Instgram Hanez sendiri, pelakon drama ‘Love You Mr. Arrogant’ itu kini ‘mewah’ dilimpahi pelbagai kata-kata kesat, nista dan berbaur hinaan daripada orang luar terhadap dirinya.
Hanez tampil bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman untuk memperjelaskan keadaan di satu sidang media yang diadakan di One World Hotel, Damansara. Ikuti butiran lanjut sidang media penjelasan Hanez yang didakwa menjadi orang ketiga.
Bagaimana pula cerita kahwin ini boleh timbul?
Hanez: Soal kahwin ini timbul selepas pihak lelaki melamar saya. Asalnya saya hanya bercerita dengan kawan-kawan, tidak sangka pula dikeluarkan. Namun begitu, saya tidak beritahu bila dan dengan siapa, saya hanya katakan yang saya akan kahwin tahun ini. Mengenai isu duda pula, saya memberitahu rakan-rakan media perkara sebenar dan perkara itu off-record. Tapi penulisan mengenai duda itu tidak datang dari mulut saya. Walau bagaimanapun, saya dengan rasa rendah diri memohon maaf atas perkara itu.
Bagaimana pula Hanez boleh mengambil gambar bersama anak-anak Romie dan Nurliyana dan meletakkannya di laman Instagram milik Hanez?
Hanez: Sebelum ini jika anda meneliti Instagram saya, memang saya seringkali mengambil gambar dengan anak kecil. Banyak gambar budak-budak dan orang luar tidak tahu siapa mereka. Saya tak sangka pula orang boleh tahu dan pihak sana terasa. Dengan itu, saya sendiri meminta maaf kerana mengambil gambar bersama dua kanak-kanak tersebut. Saya juga telah memadam gambar itu dari laman Instagram saya.
Kenapa Hanez teruskan berkawan bersama Romie walaupun tahu masalah yang dihadapinya belum lagi selesai?
Hanez: Saya tiada niat mahu ganggu, tapi saya rasa tidak salah untuk saya berkawan dengan dia. Dia pun mahu berkawan dengan saya. Saya rasa tak salah. Lainlah kalau pihak lelaki sudah mahu undur diri, saya pula masih terkejar-kejar. Dia jujur dengan saya, awal perkenalan, dia telah tunjukkan keikhlasan dirinya. Dia bawa saya kenal dengan keluarga dan anaknya, jadi perkara itu buat saya yakin. Dia juga sudah berjumpa dengan keluarga saya. Mengenai isu kereta pula, ada mengatakan Romie memberikan kereta jenis Alphard Vellfire kepada saya. Saya sangkal perkara ini kerana saya membeli kereta itu sendiri. Kereta tersebut sudah saya gunakan pada bulan Ogos, sebelum mengenali Romie lagi.
Anda dihujani tohmahan setelah Nurliyana membuat pendedahan. Adakah perkara ini membuatkan anda tertekan dan apa yang Romie lakukan untuk menenangkan anda?
Hanez: Saya sedih kerana mereka menghakimi sebelum tahu apa isi kandungan cerita di pihak saya. Kini semua sudah tahu, mereka boleh nilai sendiri. Apa yang pihak luar mahu katakan selepas ini, terpulanglah kepada mereka. Mengenai tindakan yang Romie lakukan, walaupun saya dihimpit dengan hinaan dan kejian, dia ada dengan saya apabila saya perlu hadapi semua itu. Dia masih ada di samping saya dan berikan sokongan untuk saya kuat hadapi semua ini. Pihak yang rapat dengan saya tahu cerita sebenar. Saya hanya boleh pedulikan sahaja hinaan di luar. Dari segi karier, saya akui sedikit sebanyak terganggu dan ianya mengambil masa untuk memulihkannya.
Adakah pihak Hanez akan mengambil tindakan atas tuduhan sebagai perampas dan perosak rumah tangga yang dilemparkan kepada Hanez oleh Nurliyana?
Wan Nurliyana: Kalau perkara ini berlarutan, baru kami akan fikirkan. Tapi kalau pihak sana rasa mereka sudah bersalah, mereka harus mohon maaf.
Hanez: Perkara ini sudah melibatkan keluarga saya, melibatkan semua orang juga kerana satu Malaysia sudah tahu. Dia melakukan ‘pendedahan’ secara terbuka, jadi kalau pihak sana ingin memohon maaf, saya mahu secara terbuka juga. Mengenai tempoh pula, pihak saya dan peguam akan melihat dahulu bagaimana situasinya. Kalau mereka enggan memohon maaf, kita akan lihat dulu macam mana, belum tahu lagi.-gua.com.my