Pencarian MH370 Akan Berakhir

SEPANG: Pesawat dan kapal telah dikerahkan untuk mengesahkan objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap kepada pemberita sebelum mesyuarat delegasi Australia di Hotel Sama - Sama di sini, beliau berkata maklumat itu merupakan petunjuk baru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-13 pada Khamis.

"Seperti yang saya telah lakukan dari hari pertama, kita mengikuti setiap perkembangan. Harap-harap ini merupakan satu perkembangan positif," kata beliau sambil menambah bahawa ia adalah terlalu awal untuk mengesahkan di mana serpihan itu ditemui.

Ditanya apa jenis serpihan telah dijumpai dan berapa lama ia akan mengambil masa untuk mengesahkan ia, Hishammuddin berkata: "Kita tidak akan tahu, pesawat dan kapal telah dikerahkan"

Kawasan carian untuk carian Australia telah dikurangkan kepada 300,000 kilometer persegi daripada 600,000 kilometer persegi.

"Seperti yang telah kita lakukan dengan imej daripada satelit China dan serpihan lain yang beberapa petunjuk lebih awal. Kami menggunakan format yang sama."

Hishammuddin enggan mendedahkan maklumat apa yang telah diberikan oleh kerajaan Australia.

Hari ini, Perdana Menteri AustraliaTony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.
1367687871n.jpg

KUALA LUMPUR: Objek sepanjang 24 meter yang dikesan satelit di kawasan selatan Lautan Hindi berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER, kata penganalisis.

Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata jika spesifikasi 24 meter yang dikesan satelit ia berkemungkinan dari badan atau sayap pesawat.

Namun, katanya yang paling munasabah dengan saiz atau panjang itu ialah sayap Boeing 777.

"Difahamkan saizdebrisyang dikesan ialah sepanjang 24 meter, kalau spesifikasi itu ia mungkin datang dari badan atau sayap Boeing 777.

"Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Shamsuri juga berkata, jika debris bersaiz atau panjang 24 meter ditemui ia menandakan pesawat itu melakukansoft landing.

"Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika seripihannya 24 meter, ia memberi petanda berlakusoft landingsebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai," katanya.

Hari ini, Perdana Menteri AustraliaTony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.-astroawani

0 comment... add one now