Sorok Toyol Dalam Telinga 20 Tahun

Riyadh: Seorang lelaki tempatan terlupa mengenai sekeping nota peperiksaan yang digunakannya untuk meniru dan disorokkan di dalam telinganya hampir 20 tahun lalu.

Dia menemui kembali nota itu selepas mengalami kesakitan pada telinganya baru-baru ini.

Lelaki yang tidak mahu dikenali itu berkata, nota berkenaan membantunya lulus dalam peperiksaan ketika di sekolah menengah sebelum masuk ke universiti.

“Selepas menamatkan pengajian di universiti, dia berkahwin dan mempunyai anak tetapi lupa mengenai kertas yang disorokkan di dalam telinganya.

“Baru-baru ini dia mula mengalami kesakitan yang teruk pada telinganya. Selepas mendapatkan rawatan di klinik, doktor memberitahu kertas itu adalah puncanya,” lapor media tempatan.

Lelaki itu menyimpan kertas yang dikeluarkan dari telinganya itu dengan tujuan menunjukkan kepada anak-anaknya sebagai pengajaran supaya tidak melakukan perkara yang sama. - Agensi

0 comment... add one now