Lelaki Sembah Telefon Yang Selamatkan Dirinya Dari Harimau


Lelaki Sembah Telefon Yang Selamatkan Dirinya Dari Harimau | Seorang lelaki India bernasib baik kerana tanpa telefon bimbitnya dia mungkin telah pun menjadi santapan seekor harimau betina.

Kejadian berlaku apabila seorang pekerjanya melaporkan kehilangan seekor haiwan ternakan sebelum mereka berdua mencari di kawasan sekitar.

Tiba-tiba mereka menyedari pergerakan dari dalam semak sebelum terperanjat melihat seekor harimau memunculkan dirinya.

Dengan pantas mereka berlari sebelum memanjat pokok menyelamatkan diri. Harimau berkenaan bagaimanapun terus tidak berganjak menunggu di bawah pokok.

Selepas beberapa jam putus harapan, tiba-tiba telefon lelaki tersebut berbunyi dan barulah dia teringat dia ada membawa telefon sebelum meminta bantuan rakannya.

Penduduk kampung kemudian beramai-ramai datang membantu dengan membuat bising bagi menghalau harimau berkenaan.

Telefon yg menyelamatkan nyawanya kini diletakkan di tempat pemujaan bersama barang-barang sembahan yg lain.

0 comment... add one now