Suami Nurul Izzah Ke Mahkamah Isu Tuntutan Fasakh | Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar (gambar) untuk berpisah.
Hari ini adalah sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.
Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.
Suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Jan, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.
Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, di Bukit Damansara.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun. – The Malaysian Insider
SHAH ALAM – Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar untuk berpisah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.
Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.
Laporan itu mendakwa, suaminya, Raja Ahmad Shahrir dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur tujuh tahun dan putera empat tahun. – Sinar Harian