Misteri Kondom Bersepah Tiap Pagi Terungkai | Bandung: Bagi penduduk Kampung Merdeka, mereka ada masalah jelek sejak beberapa ketika dulu - taburan kondom terpakai yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab.
Biasanya, kondom terpakai itu ditemui di sepanjang Jalan Ermawar setiap pagi.
Bosan bersabar, akhirnya awal pagi semalam mereka melaksanakan pelan dirancang lebih awal untuk mencari siapa dalang di sebalik perbuatan tidak senonoh dan menjijikan itu.
Semuanya terjawab kira-kira jam 1.30 pagi (waktu tempatan) apabila mereka menahan seorang lelaki dari Cibeunying Kolot, Cigadung, bernama Subandoro.
Lelaki terbabit ditangkap ketika sedang berasmara dengan seorang mak nyah dalam sebuah kereta.
Sumber berkata, penduduk kampung menyerang dan membelasah Subandoro, 30, sebelum seorang ketua masyarakat setempat, Heru, tampil meleraikan keadaan.
Ketika disoal siasat, Subandoro mendakwa dia mabuk ketika itu.
“Subandoro juga nyaris mencederakan seorang daripada penduduk kampung yang membelasahnya kerana terkejut dan panik,” katanya.
Menurut sumber, Subandoro sering mendapatkan khidmat mak nyah untuk memuaskan nafsu setiap kali mabuk sedangkan dia sudah beristeri.
“Dia mengaku salah dan malu dengan perbuatannya,” katanya.- Agensi
Misteri Kondom Bersepah Tiap Pagi Terungkai
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →