Mayat Pengamal Hubungan Sejenis Separuh Bogel Atas Katil

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Sri Lanka yang dipercayai pengamal hubungan seks sejenis ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan mayatnya mula mereput di atas katil di sebuah kondominium di Taman Desa di sini kelmarin.
Mayat mangsa yang merupakan bekas pelajar Universiti Terbuka Malaysia berumur 34 tahun itu ditemui pada pukul 10 pagi oleh seorang rakannya.


Turut ditemui bersama mangsa yang berada dalam keadaan terbaring ialah beberapa alatan seks serta alatan menghisap dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pada hari mayat lelaki itu ditemui, rakan mangsa telah pergi ke rumah mangsa namun mendapati pintu rumah tersebut berkunci dengan terdapat bau busuk dari dalam kediaman itu.

0 comment... add one now