Kronologi Misteri Penolong Pegawai Daerah Mati Di Sungai

Kronologi Misteri Penolong Pegawai Daerah Mati Di Sungai | Misteri kehilangan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, Jumaat lalu terungkai apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Kampung Tajin, Hulu Terengganu, tengah hari tadi.

Nama Penuh: Wan Hariff Rafany Wan Muda
Umur : 35 Tahun
Asal: Besut Terengganu
Jawatan : Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu
Laporan Kehilangan : 14 Februari 2014
Mayat Ditemui : 17 Februari 2014 (11.50 pagi)

Kronologi Kematian Wan Hariff Rafany Wan Muda di Sungai Kampung Tajin Kuala Berang (ADO Kuala Terengganu)

14 Februari 2014: Keluarga mangsa kepada Wan Hariff Rafany membuat laporan polis selepas mendapati Wan Hariff Rafany Wan Muda gagal dihubungi
15 Februari 2014: Selepas siasatan dilakukan, berhampiran dengan Loji Air Syarikat Air Terengganu Berhad, Pihak Polis telah menemui kereta Audi milik Wan Hariff Rafany
16 Februari 2014: Siasatan awal menunjukkan kehilangan Wan Hariff tidak menunjukkan sebarang kes jenayah memandangkan barang-barang peribadi mangsa ditemui dalam kereta beliau.
17 Februari 2014: Orang awam telah terjumpa Mayat Wan Hariff Rafany di sungai Kampung Tajin Kuala Berang. Kunci kereta Audi turut ditemui dalam poket mangsa. Punca kematian masih misteri sehingga ke hari ini. Pihak Polis terus melakukan siasatan…
Takziah kepada keluarga mangsa.... Al-Fatihah


























0 comment... add one now