Christina Aguilera Dan Rain Konsert Free Depan KLCC

Christina Aguilera Dan Rain Konsert Free Depan KLCC | Penyanyi Christina Aguilera membuat kejutan untuk membuat persembahan pada ‘Twin Towers @Live’ di negara ini bersama bintang sensasi Korea Selatan iaitu Rain dan juga penulis lagu Craig David.Mereka dijangka mengadakan persembahan secara percuma pada 28 dan 29 Mac depan di Menara Berkembar Petronas, KLCC dekat sini.

Aguilera, 33, menjadi masyhur pada tahun 1999 dengan lagu popularnya Genie In A Bottle.

Beliau juga berjaya menjual 50 juta album di seluruh dunia serta memperoleh empat kemenangan dalam Anugerah Grammy.

Persembahannya nanti akan turut dimeriahkan dengan artis-artis tempatan antaranya, Altimet, Oh Chentaku, Joe Flizzow, SonaOne dan Ila Damiaa.

Sejak 2011, Twin Towers @Live dianjurkan sebagai memeriahkan perlumbaan Formula 1, di Litar Antarabangsa Sepang manakala pada tahun ini perlumbaan itu akan diadakan bermula 28 Mac hingga 30 Mac.

Twin Towers @Live 2014 dibawakan oleh Petronas Primax dan Petronas Syntium.

0 comment... add one now