Misteri Insiden Terowong Dan Kereta Pengurus Pecah Akan Terbongkar | Misteri insiden pergaduhan dalam terowong antara tiga kes membabitkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang akan dibawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Jawatankuasa Tatatertib dalam masa terdekat ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan sama ada pertuduhan itu membabitkan pegawai atasan pasukan dari selatan tanah air itu.
“Kita hampir nak menyelesaikan (kes) ini di peringkat akhir, saya minta semua pihak bersabar. Kita akan mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat ini. Kategori pertuduhan ada banyak jadi bila sampai masanya saya akan umumkan.
“Selain daripada insiden (terowong) di Stadium Larkin, kami juga akan membuat pertuduhan perlawanan antara Johor DT dengan Perak yang mana insiden kereta pengurus Perak dipecahkan.
“Kami juga akan membawa kes kejadian (pergaduhan penyokong) di parkir (Stadium Darul Makmur) selepas perlawanan antara Pahang dengan Johor DT,” katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam.
Misteri Insiden Terowong Dan Kereta Pengurus Pecah Akan Terbongkar
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →