RTM Hentikan Rancangan 88 Kopitiam Kerana Teresa Kok

RTM Hentikan Rancangan 88 Kopitiam Kerana Teresa Kok | RTM sedang mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.

SALAH satu adegan dalam klip video yang dihasilkan oleh Teresa Kok yang menimbulkan kontroversi.

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghentikan siaran sebuah rancangan sitkom yang ditayangkan stesen televisyen itu buat sementara waktu berikutan dakwaan pelakonnya terlibat dalam penerbitan video kontroversi Teresa Kok di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail (gambar kecil) berkata, pihaknya akan memanggil penerbit sitcom 88 Kopitiam itu dalam masa terdekat bagi mengesahkan perkara tersebut.

0 comment... add one now