WhatsApp Dibeli RM39.7 bilion Oleh Facebook

WhatsApp Dibeli RM39.7 bilion Oleh Facebook | LOS ANGELES - Perkhidmatan rangkaian sosial online, Facebook kelmarin mengumumkan pembelian sistem penghantaran mesej yang popular di dunia, WhatsApp pada harga AS$19 bilion (RM62.9 bilion).


Sistem WhatsApp itu yang membolehkan orang ramai menghantar teks, gambar dan video menerusi telefon bimbit itu kini mempunyai 450 juta pengguna di seluruh dunia.

Facebook membayar sebanyak AS$12 bilion (RM39.7 bilion) dalam bentuk saham dan AS$4 bilion (RM13.2 bilion) lagi dalam bentuk wang tunai.

0 comment... add one now