Menurut laporan Showbizspy, tempat kejadian Nancy ditemui di rumahnya di Los Angeles dipenuhi pelbagai ubat-ubatan dan berkemungkinan besar wanita itu meninggal dunia akibat mengambil ubat secara berlebihan.
"Kemungkinan besar Nancy telah membunuh diri, tetapi pihak polis sedang menunggu hasil ujian yang dibuat sebelum memberikan pengesahan itu," kata jurucakap pihak polis Los Angeles yang mengendalikan kes tersebut.
Sebelum ini, Nancy mengalami masalah obesiti namun sering gagal untuk mendapatkan berat badan yang ideal walaupun telah berusaha pelbagai cara.
Dalam pada itu, Nancy juga pernah meluahkan perasaan mengenai sikap Julia yang sering mengejek kelemahannya yang gagal menurunkan berat badannya.
Dalam pada itu, Nancy juga pernah meluahkan perasaan mengenai sikap Julia yang sering mengejek kelemahannya yang gagal menurunkan berat badannya.