Kena Bayar RM100 Kerana Tunjuk Kemaluan | Perbuatan tak senonoh menunjukkan kemaluan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan BR 12, Taman Bukit Rambai, Bukit Rambai di sini pada pukul 7.30 pagi, 29 Januari lalu.
MELAKA - Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada jirannya akhir bulan lalu, seorang pembantu kedai runcit didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Rashidi Rahim, 29, selepas dia mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Rashidi didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita berusia 43 tahun.-kosmo