PBS Tetap Diteruskan Kerana Permintaan Rakyat Malaysia

PBS Tetap Diteruskan Kerana Permintaan Rakyat Malaysia | Kita melaksanakan PBS sebab ia satu sistem yang baik. Kita buat kajian lebih dua tahun dengan mengambil kira pandangan lebih 55,000 rakyat Malaysia yang tidak mahu lagi sistem yang semata-mata berorientasikan peperiksaan.


KUALA LUMPUR - Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak akan dimansuhkan, sebaliknya cuma ditangguhkan sementara sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai dilakukan pada 1 April ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelaksanaan PBS perlu diteruskan kerana ia satu sistem yang baik dan mendokong kehendak ramai yang mahukan sistem berorientasikan peperiksaan dimansuhkan sebelum ini.

"Kementerian Pendidikan bagaimanapun menangguhkan sementara PBS selepas mendengar rintihan guru. Isu yang timbul pada waktu ini cuma pelaksanaannya, bukan isu asas dan objektif sistem itu," katanya pada sidang akhbar program Pameran Kejayaan Universiti Penyelidikan Siri 1: Penerbitan di Universiti Malaya di sini semalam.

0 comment... add one now