Buku Teks Digital Secara Online Dilancarkan Berperingkat | Dalam usaha membawa sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi, kini Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan buku teks digital yang mana boleh diakses secara online, sekaligus menjadikannya sebagai alternatif untuk buku teks bercetak yang boleh dikatakan agak tebal dan sukar dibawa kemana-mana.
Pengenalan buku teks digital ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Ia akan diperkenalkan dalam tiga fasa, dimana untuk fasa permulaan ini, buku teks versi bercetak akan kekal digunakan seperti biasa.
Ia turut dikatakan sebanyak 313 judul buku teks telah dimuat-naik ke portal 1BestariNet dan boleh diakses menggunakan ID yang telah diberikan kepada guru dan murid.
Bergerak ke hadapan, buku teks bercorak interaktif (yang diintegrasikan dengan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi) akan diperkenalkan dalam memudahkan pemahaman. Selain itu, pada fasa ketiga (tahun 2021-2025), semua mata pelajaran dijangka akan ditawarkan dalam bentuk buku teks digital.
Kelak, pelajar juga akan dibenarkan membawa tablet ke sekolah untuk mengakses buku teks digital.-Amanz.my
Buku Teks Digital Secara Online Dilancarkan Berperingkat
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →