2 Isteri Dan Anak Maut Di Bidan Suami

2 Isteri Dan Anak Maut Di Bidan Suami | Terdapat pelbagai sebab mendorong segelintir suami kononnya mereka mampu menjadi ‘bidan’ kepada isteri untuk melakukan proses melahirkan anak di rumah yang dianggap mudah
.
Kuala Lumpur: “Mungkin dia ingat proses kelahiran itu semudah yang didengar atau terpengaruh mendengar cerita ada remaja yang selamat walaupun melahirkan anak di dalam tandas seorang diri tanpa bantuan sesiapa,” kata Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Osman Che Bakar.

“Ini masalahnya apabila mudah terikut-ikut dengan fahaman tertentu tanpa mempunyai pengetahuan mendalam mengenainya sedangkan proses kelahiran walaupun sama, tetapi kesannya berbeza bagi setiap individu yang dipengaruhi pelbagai faktor.

“Tak bolehlah bila lihat ada wanita mudah bersalin, kita letakkan perkara sama berlaku terhadap isteri dengan harapan boleh jadi ‘bidan’ dan menyerahkan sepenuhnya kepada takdir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro kelmarin mengenai dua wanita berusia 30-an yang hanya ‘dibidankan’ suami masing-masing ketika bersalin di rumah, maut akibat komplikasi ketika proses kelahiran dalam kejadian di Ampang dan Sungai Buloh, dekat sini.

Kedua-dua wanita terbabit boleh dianggap sebagai mangsa kepada trend terkini dipromosikan pihak tertentu yang berpendirian bersalin di rumah lebih baik daripada di hospital.

Ia berikutan terpengaruh dengan kaedah dinamakan AMANI aktif dipromosikan di dalam dan luar negara oleh kelompok tertentu di atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

AMANI adalah singkatan daripada istilah bahasa Inggeris iaitu Assisting Mothers for Active, Natural and Instinctive Birth atau membantu ibu melahirkan bayi secara aktif, semula jadi dan berdasarkan naluri.


Dr Osman berkata, di negara maju menjadi perkara biasa jika wanita bersalin di rumah, tetapi mereka melakukannya dengan persediaan rapi termasuk pakar seperti bidan bertauliah.

0 comment... add one now