Suspek Bunuh Pemimpin Agama Yahudi Dibayar RM 21.16 Juta

Suspek Bunuh Pemimpin Agama Yahudi Dibayar RM 21.16 Juta 
NEW YORK - Pihak pentadbiran bandar raya New York kelmarin menyatakan ia akan membayar sebanyak AS$6.4 juta (RM21.16 juta) kepada seorang lelaki, David Ranta yang dipenjarakan selama 23 tahun kerana kesalahan yang tidak dilakukannya.

Ranta dibebaskan pada tahun lalu selepas dia dipenjarakan pada tahun 1990 kerana membunuh seorang pemimpin agama Yahudi, Rabbi Chaskel Werzberger.

Werzberger mati ditembak dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai barangan kemas.

Dalam perbicaraan Ranta, beberapa saksi dipercayai ditekan oleh Detektif Louis Scarcella ketika memberikan keterangan yang menyebabkan Ranta menerima hukuman penjara berhubung kejadian itu. - AFP

0 comment... add one now