"Saya pasti akan terus memegang jawatan ini sehingga tempoh saya berakhir," katanya selepas satu taklimat di Bank Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Timbul spekulasi yang Zeti berada dalam tekanan untuk meletak jawatan kerana peranan beliau dan BNM dalam pasukan petugas khas yang menyiasat aliran wang yang dikaitkan dengan firma sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akthar Aziz akhirnya memecahkan kebisuan hari ini dan menolak spekulasi yang beliau akan meletak jawatan bila-bila masa sahaja tidak lama lagi.Timbul spekulasi yang Zeti berada dalam tekanan untuk meletak jawatan kerana peranan beliau dan BNM dalam pasukan petugas khas yang menyiasat aliran wang yang dikaitkan dengan firma sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, beliau berhasrat menghabiskan tempoh perkhidmatannya selama 5 tahun yang berakhir tahun depan.
Khabar angin ini timbul selepas bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail tiba-tiba digantikan pada 28 Julai, tidak lama selepas siasatan 1MDB menunjukkan kemajuan yang baik dan beberapa individu berkaitan 1MDB ditangkap.
Tempoh perkhidmatan Gani sebagai peguam negara sepatutnya berakhir pada Oktober ini.
Pasukan petugas yang ditubuhkan menyiasat 1MDB itu terdiri daripada BNM, Jabatan Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia meneliti dakwaan yang pertama kali dibuat awal Julai lalu mengatakan hampir AS$700 juta (RM2.6billion) dipindahkan melalui syarikat berkaitan 1MDB ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hari ini, Zeti berkata BNM sedang menyiasat sumber khabar angin itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.
"Tidak ada kebenaran dalam hal ini. Tuduhan itu dibuat oleh orang yang tidak dikenali dan kami akan cari mereka dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka."
Zeti bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tempoh perkhidmatannya akan dilanjutkan tetapi menambah yang beliau akan genap 16 tahun menerajui BNM pada April tahun depan.
"Keseluruhannya, saya akan berkhidmat selama 35 tahun di Bank Negara. Saya sudah mencapai hampir semua yang saya ingin lakukan dan saya percaya bank ini kini merupakan satu institusi kukuh yang akan maju ke tahap lebih tinggi," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/b....qdNVzjZT.dpuf