Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini.
Isteri: "Apalah abang nie.. asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang.. tak adil lah macam nie.. asik asik abang aje.."
Suami: "La.. abis ayang nak cakap macam mana?"
Isteri: "Abang cakap la.. rumah kita.. kereta kita.. TV kita.. sofa kita.. bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama.."
Suami: "Ahhh.. iya lah.. iyalah.."
Isteri: "Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?"
Suami: "Haa.. ada awak nampak.. seluar dalam KITA...??"
Isteri: "?????"
Info :Pak Kadok merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu. Ia merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Kaduk yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya. Kisah Pak Kaduk amat terkenal kepada kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia sehinggakan banyak sekali perbandingan sifat orang yang lurus bendul disabitkan dengan hikayat hidup Pak Kaduk