Mahathir Yakin Duit 2.6 Bilion Dari 1MDB

Saya fikir pada satu peringkat, dia terpaksa berundur kerana hari ini dia menjejaskan sistem perundangan,” katanya.

Mahathir merujuk kepada usaha untuk menyekat siasatan ke atas dana RM2.6 bilion dan juga 1MDB.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikaitkan dengan dana 1MDB. – Gambar TMI

Mahathir tetap beranggapan sedemikian walau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengisytiharkan bahawa wang tersebut adalah sumbangan derma dan tiada kaitan dengan 1MDB.


“Saya rasa ia ada kena mengena dengan 1MDB walau dijelaskan bahawa ia adalah satu derma,” kata Mahathir dalam satu wawancara dengan akhbar United Kingdom, Financial Times.

Mahathir juga mengulangi bahawa penjelasan mengenai derma itu tidak dapat dipercayai memandangkan jumlahnya terlalu besar.

“Saya tidak percaya ia adalah derma. Saya tidak percaya ada orang boleh menderma (sebanyak itu), hatta seorang Arab atau sesiapapun,” katanya lagi seperti dipetik Financial Times.

Dalam wawancara itu, Mahathir berkata beliau yakin bahawa Najib akan terpaksa berundur dari tampuk kuasa.

The Wall Street Journal pada Julai lalu melaporkan, wang sebanyak AS$681 juta dimasukkan ke akaun peribadi Najib dari syarikat luar pesisir, Tanore Finance.

Najib mengancam untuk menyaman penerbitan tersebut namun penyokong perdana menteri itu seterusnya mendakwa beliau mengaku menerima deposit wang tersebut, yang merupakan sumbangan dana politik kepada Umno dari Timur Tengah.

Laporan itu juga mendakwa, dana sebanyak RM42 juta daripada syarikat SRC International juga dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Najib masih belum menjelaskan mengenai deposit wang RM42 juta tersebut.

Laporan lain, termasuk oleh The Star, memetik sumber penyiasat yang menyebut, dana 1MDB sebanyak AS$700 juta turut disalurkan kepada pihak yang tidak sepatutnya dalam satu rundingan dengan PetroSaudi International.

Bagaimanapun, setakat inni, tiada bukti mengaitkan dana yang dilaporkan hilang itu dengan wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib. – Malaysiakini

0 comment... add one now