Suami Ketagih Tiru Aksi Video Lu Cah




1. Saya mengalami tekanan perasaan yang amat kuat. Suami saya ketagih menonton video lucah dari dahulu sehinggalah sekarang sudah umur senja 55 tahun, dia masih tidak berubah. Benarkah amalan orang yang menonton video lucah tidak diterima oleh Allah selama 40 hari? Saya sering diperlakukan seperti dalam video lucah itu. Bolehkah saya meminta cerai daripada suami saya? Saya sudah tidak tahan lagi dengan kepincangan dalam keluarga saya sehingga sekarang seolah-olah saya dan anak-anak menerima balasan atas apa yang dilakukan oleh semua.
- Ju, Behrang.
(gambar hiasan)
UKE: Ju, adalah salah menjadikan bahan lucah sebagai tontonan kerana ia melibatkan aurat dan hukum mendekati zina. Saya mencadangkan agar anda mencari jalan supaya ketagihan suami dapat dibuang seperti memutuskan bekalan Internet di rumah. Anda juga mesti berterus terang mengatakan anda tidak suka akan tabiatnya. Anda perlukan kekuatan dalaman seperti solat malam dan berdoa agar tabiat suami berubah. Jika belum buat haji atau umrah, saya cadangkan anda berdua ke sana. Anda juga boleh cari sesuatu aktiviti yang dapat menghilangkan kesunyian suami agar tidak terdorong ke arah menonton video lucah seperti menghadiri kuliah, bersukan, melakukan aktiviti rumah tangga, banyakkan membaca al-Quran dalam rumah dan sebagainya.

Pada masa sekarang, tidak perlu untuk anda memohon cerai selagi banyak perkara baik yang dia lakukan. Cerai bukanlah penyelesaian terbaik. Anda boleh minta khidmat kaunseling untuk merawat ketagihan suami.

0 comment... add one now