Lagi Pendedahan Duit Terus Masuk Akaun Najib

KES WANG PENCEN DAN 1MDB: KENAPA SPRM MENYIASAT SRC INTERNATIONAL?

Mudah. Yang ini tak sukar untuk rakyat biasa faham.

Seperti tertera pada lampiran profail syarikat SRC International (SRCI) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), SRC yang pada awalnya anak syarikat 1MDB (sebelum dipindahkan ke MOF Inc bawah Kementerian Kewangan) adalah sebuah syarikat yang bermodalkan hanya RM 1 juta.


Yang ajaib ialah bagaimana sebuah syarikat bernilai RM 1 juta boleh diberi pelepasan untuk mendapatkan pinjaman (loan) bernilai RM 4 BILION daripada tabung wang pencen kakitangan kerajaan - Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).




Logik akal dan setiap banker yang amatur pasti tahu bahawa adalah MUSTAHIL untuk sebuah syarikat yang hanya bermodalkan RM 1 juta boleh mendapat pinjaman 4200 kali ganda daripada modal asalnya.

Jadi bagaimana SRCI boleh dapatkan pinjaman RM 4 bilion daripada KWAP? Sudah tentu ianya mendapat sokongan politik daripada Menteri Kewangan.

Malah sampai hari ini SRCI tidak menghantar laporan tahunan mereka kepada SSM dan kali terakhir iaitu berkenaan akaun 2012, SRCI mengalami kerugian hampir RM 70 juta. Macam mana SRCI nak bayar balik kepada KWAP - tabung wang persaraan kakitangan kerajaan??

Lanjutan daripada fakta yang tidak boleh disangkal sama sekali inilah SPRM berdasarkan seksyen 17 dalam Akta SPRM menyiasat jejak-jejak wang yang telah dikatakan disalur keluar daripada SRCI ke anak syarikat SRCI iaitu Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. yang terus masuk ke dalam akaun peribadi DS Najib Tun Razak.

Ini belum SPRM hubungkan "sumbangan" RM 2.6 bilion dan 1MDB dan kaitan dengan "penderma" pemurah dari Tanah Arab.-kelabChedet FB

0 comment... add one now