Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki anak kedua ini.
"Sebagai bapa, saya sangat gembira dan teruja sama seper#ti ketika kelahiran anak pertama kami dulu.
"Kami memang sudah bersedia untuk mendapat anak kedua kerana anak pertama, Muhammad sudah berusia dua tahun," katanya.
Petaling Jaya : Pelakon, Farid Kamil mengesahkan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle kini hamil anak kedua.
Menurut Farid, usia kandungan Diana sudah mencecah empat hingga lima bulan ketika ini.
Ditanya soal jantina bayi pula, kata Farid, mereka tidak kisah sama ada akan dapat anak lelaki atau perempuan.
“kami juga tidak buat pemeriksaan mengesan jantina bayi lagi kerana tidak mahu tahu jantinanya lebih awal.
"Apa yang penting, setakat ini, Diana dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
"Diana juga sudah berehat dari aktiviti seni kerana ingin menj@ga kesihatan kandungannya itu," katanya.
Farid ditemui di majlis pelancaran tiga filem terbitan Grand Brilliance dan sambutan Aidilfitri yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, pagi tadi.