Dalam video itu, Ustaz Don menjelaskan beberapa perkara penting seperti motif penyebaran video tersebut. Ustaz Don juga secara terang-terangan menempelak pembuat dan penyebar video yang tidak bertanggungjawab itu. Antara hujah yang diberikan Ustaz Don:
1) Video hanya sekerat
"Tuan-tuan tidak bagi orang rujuk wikipedia, youtube apa semua untuk nak ambik hujah... tapi dengan hanya video sekerat, tuan-tuan jadikan hujah ke atas saya"
2) Kredibiliti si pembuat video
"Yang pembuat video sekerat-kerat ini, kita tau dah yang ini propaganda, tapi kita juga boleh terjebak..."
3) Orang yang Fasik
"Tuan-tuan tidak rujuk, tanya pada saya pun... dan in fact, tuan-tuan takdak pun dalam majlis tu... Wallahualam, tapi macam orang cakap macam adalah"
4) Pesanan Ustaz Don
"Kalaulah video macam ni boleh mengganggu gugat kita, hubungan baik kita, kawan-kawan, boleh jadi macam ni... berhati-hati lah tuan-tuan. Senang sangat orang nak bagi putus silaturahim"
"Kalau ada benda tak puas hati, mai cakap depan-depan!" Tegas Ustaz Don.
Menurut Ustaz Don lagi, apa yang disampaikannya adalah pendapat dan perkongsian ulama serta rakan-rakan ustaz yang lain.
Dengan nada sedikit kecewa, Ustaz Don turut membidas sikap golongan yang suka mencari salah orang. Seperti contoh, keberangkatan Ustaz Don ke UK turut menjadi isu.
"Tuan-tuan tak dapat surat jemputan, tuan-tuan janganlah cakap. Saya pergi atas KUIS(Kolej Universiti Islam Selangor), saya pergi atas majikan saya, majikan saya suruh saya p...tuan-tuan tenanglah.. " Tambah Ustaz Don lagi.
Akhir sekali sebagai penutup, Ustaz Don mengatakan jika kejadian seperti ini berulang, beliau sarankan golongan yang tidak berpuas hati boleh terus mencarinya di pejabat beliau di KUIS dan di TV Al-Hijrah. Tambah Ustaz Don, beliau tidak bersembunyi dan boleh bertemunya bila-bila masa. -TengokTVonline