Kisah Geram Makan Malam Dengan Zety


"You bersiap sekarang. I on the way ambik you."

Zety mengajak aku keluar pergi makan malam bersama. Hati aku dah berbunga kembali. "Jangan-jangan dia dah syok kat aku." perasan aku sendiri dalam hati. Dan dia menyuruh aku dress up kemas dan semat. *******! Apa aku belum cukup semat ke selama ini? Aku menyarung seluar slek Dickies berwarna hitam dan berkemeja putih. Seluruh tubuh badanku disembur minyak wangi berjenama Hugo Boss dari leher hingga ke buku lali. Aku mahu Zety berasa sedap bila terbau tubuh badan aku yang mewangi. Padahal sebelum ini pergi keluar makan tengahari di kedai bawah rumah itu pun aku tak mandi.

(gambar hiasan)
"Mmm... Semat. Macam Zul Arifin. Eh, tak tak. Tak best. Macam Jason Statham. Haa!" aku bermonolog sendirian sambil cekak pinggang di depan cermin. Tiba-tiba telefon pintar aku pun berbunyi memainkan lagu Padi. "I dah kat bawah." sedapnya suara Zety sehinggakan aku rasa macam nak ke bilik air sekejap tapi aku batalkan niat bida'ah itu. Dengan pantas aku terus lincah turun.

Sampai saja di bawah, Zety berada di dalam kereta Proton Persona berwarna hitam melambai aku. Zety juga memakai dress serba hitam. Ya, aku bukannya suka menaiki kereta. Aku lebih selesa menunggang motorsikal Honda Ombakku. Tapi demi Zety, aku turutkan jua. Manakan tahu kalau dah qada dan qadar tertulis sekejap lagi Zety ingin memegang kepala gear, terpegang peha aku.

"Kita nak makan kat mana ni?" aku tanya dengan nada seperti pelakon drama. Zety pandang aku dan cuma senyum. Amboi, manisnya senyuman Zety. Lempang karang baru tau. "You ikut je." dia balas pendek. Aku pun seakan rela dibawa ke mana saja. Ingin saja tangan aku membelai rambut Zety di celahan telinga kirinya seperti di dalam video klip lagu-lagu rock jiwang, tapi aku risau ianya akan mengganggu corak pemanduan Zety dan boleh jadi akan menyebabkan kami berdua dress up serba putih jika berlaku kecelekaan.

Kami berdua pun sampai ke tempat yang dituju. Aku rasa pelik, kami bukanlah pergi ke sebuah restoran tapi tempatnya seakan di dalam dewan. Ada banyak meja bulat yang sudahpun dihidangkan makanan di atasnya. Ramai yang sudah duduk seperti menunggu waktu makan tiba. Kami mencari kerusi yang kosong untuk diduduki. Agak biadap pula jika kami duduk di atas riba orang. Orang ramai di situ pula semuanya pakai serba kemas. Ada yang berkot, ada yang bertali leher, ada yang berkemeja seperti seorang eksekutif. Aku mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba...

"APA KHABAR USAHAWAN LUXOR SEMUA?!"

Dan kesemua di dalam dewan itu bangun dan balas jawab serentak,

"LUAR BIASA BAIK!"

Aku terperangkap. Aku pandang Zety dengan rasa geram sehingga menggigil. Dan aku terus demam 2 hari akibat terlalu marah. Aku serik dengan insan yang bernama wanita lagi.
__________________

0 comment... add one now