Terkini Kereta Polis Hijau Seperti Jabatan Pertanian

Kes buli Mak Kau Hijau pernah menjadi viral dan lawak beberapa bulan lepas.Warna hijau juga kini menjadi pilihan pada warna terkini pelekat pada kereta polis yang dikatakan menggunakan teknologi hijau.Bila warna macam ni .. dah tak nampak garang ia seperti kereta Jabatan Pertanian pulak..




KHALID (tengah) melihat kereta peronda polis yang berwajah baharu selepas melancarkannya di Bukit Aman hari ini. - Foto Yazit Razali

Kuala Lumpur: Polis melancarkan kereta peronda dengan imej baru berteknologi hijau selain turut dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan lain antaranya system GPS dan C4I.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenderaan ini akan menggantikan kereta peronda sebelum ini yang rata-ratanya berusia lapan tahun ke atas.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan akan menerima sebanyak 1,200 kereta model Proton Inspira ini secara berperingkat menjelang akhir tahun 2015.

"Kereta ini akan dilengkapi dengan pelbagai alat berteknologi termasuk rakaman video bagi memenuhi keperluan semasa tugas-tugas polis.

" Kita juga menjangkakan akan menerima sebanyak 1,200 unit lagi pada tahun harapan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

0 comment... add one now