Punca Askar Enggan Sertai Sambutan Hari Kebangsaan Pulau Pinang





Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang berikutan kerajaan negeri itu menggunakan tema ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ yang tidak sejajar dengan tema peringkat kebangsaan iaitu ‘Sehati Sejiwa’.

Menurut kenyataan pasukan itu, tema yang diputuskan Jawatankuasa Pusat Sambutan Hari Kebangsaan 2015 iaitu ‘Sehati Sejiwa’ perlu disokong dan diamati semua seperti tahun sebelumnya dan ATM tidak terkecuali.

Sementara itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan Pulau Pinang menggunakan tema berbeza dilihat seperti provokasi yang memberi kesan negatif kepada perpaduan rakyat.

“Ada had dalam berpolitik, tetapi mereka nampaknya mahu mempolitikkan semua perkara. Kita boleh nilai sendiri keikhlasan mereka dalam menyambut hari kebangsaan yang diperjuangkan generasi terdahulu,” katanya, memetik laporan laman web Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mengeluarkan pekeliling melarang sekolah di negeri itu daripada menyertai sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri. – TMI

0 comment... add one now