Anak Tiri 10 Tahun Jadi Mangsa Dalam Semak

Kejadian rogol dalam semak itu mula disedari kakak mangsa yang ketika itu bersama rakannya menuju kedai berhampiran dan terserempak mangsa keluar dari kawasan semak, kira-kira jam 2 petang.

Chukai: Seorang nelayan berusia 53 tahun, semalam, ditahan reman tujuh hari kerana disyaki merogol anak tirinya yang berumur 10 tahun dalam kejadian di Kampung Baru, Kerteh, Khamis lalu.

"Kakak mangsa kemudian membawa adiknya pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya dan apabila ditanya lanjut, mangsa mendedahkan ayah tirinya pernah melakukan perbuatan sama sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kakak mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 10.30 pagi, keesokan harinya. Susulan laporan itu, pihak polis semalam menahan reman suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya menambah kes disiasat mengikut seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa bawah umur.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kemasukan objek di kemaluan mangsa.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69349#sthash.doRpocbD.dpuf

0 comment... add one now