Dah Ada GST PLKN Pun Disambung Semula

Berita terkini PLKN 2015 Siri 12 bagi kumpulan 2 dan 3 kini diteruskan dan disambung semula pada bulan Oktober 2015. Program Latihan Khidmat Negara yang telah ditangguhkan sejak Mac 2015 kini akan beroperasi semula menerusi Program Transformasi PLKN 2.0 khusus bagi siri 12 kumpulan 2 dan 3 calon kelahiran 1997. 
Menerusi laman sosial, timbul dakwaan bahawa pelatih PLKN yang terpilih untuk menyertai kumpulan 2 dan 3 akan menjalani latihan khidmat negara pada bulan Oktober 2015. Bagaimanapun Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) setakat ini masih belum mengesahkan dakwaan tersebut. 


Apa yang pasti, kenyataan rasmi dari JLKN memaklumkan bahawa calon PLKN 2015 yang terpilih terutama Kumpulan 2 dan 3 sememangnya tidak akan terlepas daripada tidak menyertai program PLKN yang ditangguhkan itu.



Antara Khabar Tersebar PLKN 2015 Disambung Semula Oktober ?



Kesimpulan Isu PLKN 2015 Akan Diteruskan Semula Oktober

Setakat ini, tiada lagi kenyataan rasmi bahawa PLKN 2015 yang ditangguhkan akan disambung semula mulai Oktober 2015. Namun, calon yang terpilih terutama Kumpulan 2 dan 3 Siri 12/ 2015 harus ketahui bahawa anda tetap akan menjalani latihan PLKN seperti yang diumumkan oleh JLKN.
-melvister

0 comment... add one now