Mas Kahwin Terkini RM54K Untuk Anak Dara

Putera Khaled mencadangkan mas kahwin bagi anak dara ditetapkan pada kadar maksimum sebanyak SR50,000 (RM54,558) dan SR30,000 (RM32,731) untuk janda.

Kaji selidik yang dilakukan baru-baru ini menyatakan bilangan anak dara tua di negara itu hampir meningkat tiga kali ganda kepada empat juta orang pada 2015 berbanding 1.5 juta orang pada 2010.

Emir Mekah, Putera Khaled Al-Faisal mengarahkan semua gabenor wilayah di Arab Saudi mengadakan mesyuarat ketua-ketua puak bagi memuktamadkan dokumen penetapan harga siling (maksimum) mas kahwin dan membincangkan kaedah menamatkan majlis perkahwinan mewah, lapor Saudi Press Agency.

Dalam nota yang dikirimkan kepada gabenor, Putera Khaled berkata, beliau mendapati sesetengah keluarga meminta mas kahwin yang tinggi untuk anak gadis mereka, menjurus kepada peningkatan anak dara tua di negara itu.

Beliau berkata, keadaan itu memerlukan campur tangan gabenor yang sepatutnya menyediakan dokumen menyatakan secara spesifik jumlah maksimum mas kahwin yang perlu dibayar untuk kategori pengantin yang berbeza selepas berunding dengan ketua-ketua puak dan sheikh.

Ahli sosiologi menyifatkan peningkatan bilangan anak dara tua itu kerana permintaan mas kahwin yang tinggi selain kenaikan perbelanjaan perkahwinan.

0 comment... add one now