Gambar Dan Video Perkahwinan Terakhir Abby Abadi

Biarpun perkenalan mereka singkat namun dia yakin lelaki berkenaan adalah pilihan tepat buatnya. Abby dan Muhammad Faizal sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Muhammad Faizal adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah. Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.





Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi memberitahu dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakkan fitnah.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran. Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin. Abby terbuka hati untuk menerima Muhammad Faizal kerana sikap rendah diri lelaki berkenaan selain menerima dia seadanya.

“Paling penting dia terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga,” katanya.

Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.-mStar

0 comment... add one now