Kejadian berlaku ketika Carolina Toledo, 20, dinobatkan sebagai Miss Amazon 2015. Ketika itu Sheislane Hayalla, 23, tidak dapat menahan marah melihat kegembiraan Toledo.
Dia kemudiannya terus meluru ke arah Toledo, lalu membuang tiara itu ke lantai selain menuding jari dan menuduh Toledo membeli kemenangan berk#enaan.
Ia memaksa penganjur mengutip semula mahkota tersebut dan kemudian memakaikan semula kepada Toledo, yang juga seorang pelajar perundangan.
Brazil – Pertandingan ratu cantik Miss Amazon 2015 bertukar menjadi kecoh apabila seorang peserta merampas mahkota yang dipakaikan di kepala pemenang, lalu membuangnya ke lantai dalam satu kejadian yang mengejutkan ramai.
Kejadian memalukan itu berlaku di Manaus, iaitu bandar t#erbesar di Amazon di pusat konvensyen.
Keesokannya, Hayalla mendakwa pesaingnya itu telah membeli anugerah berkenaan justeru dia tidak layak memegang gelaran Miss Amazon.
Namun Toledo enggan mengulas mengenainya dan hanya menyatakan ia merupakan satu perkara yang sukar dipercayai.
“Saya tidak mempunyai perkataan untuk menggambarkannya,’’ katanya.
Pemenang Miss Amazon ini akan mewakili# negeri tersebut ke pertandingan Miss Brazil.-mynewshub