Pelik Pendidikan S#ks Hanya Untuk Remaja Lelaki

Bertepuk sebelah tangan kata orang takkan berbunyi, jadi dalam hal ini kedua-dua pihak, baik lelaki atau wanita harus mengetahui mengenai pendidikan s#ks ini.

“Kita percaya dengan mengajar mengenai pendidikan s#ks melalui sekolah, ia diajar secara betul berbanding remaja mengetahuinya melalui internet seperti sekarang,” katanya dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, hari ini.

Ibu bapa juga perlu lebih terbuka bercerita kepada anak-anak remaja mengenai pendidikan s#ks apabila pelaksanaan pendidikan tersebut dilaksanakan kelak.

 Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 3 Februari 2015: Pendidikan s#ks kepada remaja lelaki lingkungan usia 16 tahun ke atas yang akan dilaksanakan tahun depan juga perlu diberikan kepada remaja wanita, demikian pandangan beberapa pemimpin persatuan berkaitan pendidikan dan keibubapaan.

Selain menyambut baik cadangan berkenaan, kaedah pelaksanaan pendidikan itu juga perlu diteliti secara mendalam agar ia difahami dengan baik oleh pelajar.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata, remaja wanita juga perlu diberi pengetahun s#ks sama seperti remaja lelaki supaya kedua-dua pihak memahami tentang perkara tersebut.


Menurut Hashim, pendidikan s#ks boleh diajar dalam beberapa subjek termasuk sains, pendidikan Islam dan moral.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum ini dilaporkan berkata, pendidikan s#ks kepada remaja golongan lelaki lingkungan usia 16 tahun ke atas, akan dilaksanakan tahun depan.

Menurut Rohani, modul pendidikan s#ks itu menyasarkan remaja lelaki bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan s#ksual serta dapat membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga. Bernama

0 comment... add one now