Gambar Jackie Chan Terima Anugerah Datuk

Tahniah kepada Datuk Jackie Chan yang telah pun menerima anugerah Datuk.Banyak sungguh jasa Pelakon Kungfu  dari Hong Kong ini kepada wilayah persekutuan.
Kuala Lumpur: Bintang antarabangsa dan pelakon Hong Kong, Chan Song Kang atau Jackie Chan kini bergelar Datuk selepas menerima P#anglima Mahkota Wilayah (PMW) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, pagi tadi.

Chan, 60, adalah antara 356 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah, hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dianugerahi Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, mendahului s#enarai penerima,tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah itu di Istana Negara di sini.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bermula sejak 2008 bagi menghargai dan mengiktiraf sumbanga#n, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.



-Selepas ini Datuk KPOP pulak ye.. 

0 comment... add one now