Datuk Siti Nurhaliza hanya terkenal selepas zaman persekolahan,hajat peminat ingin melihat Datuk Siti dalam pakaian sekolah tercapai selepas Siti hadir di majlis bertemakan 'Back To School' anjuran kelab peminat Sitizone. Siti memakai pakaian ketua pengawas.
Untuk makluman, majlis tersebut adalah sempena ulangtahun ke 11 penubuhan Sitizone yang tidak jemu memberi sokongan buat penyanyi pujaan mereka Siti Nurhaliza.
"Alhamdullillah.. terima kasih banyak2 sangat sudi menaja desert yg sangat enak dan menarik.. sorry tak sempat nak singgah kantin tadi," ujar Siti melalui IGnya.
Datuk Khalid Mohd Jiwa turut hadir dalam majlis itu dengan menjadi seorang guru disiplin.