Ramai yang takut jadi saksi atau takut keluar dalam media sebab itu tak ada yang berani nak dedahkan maklumat.Diharapkan polis dan media beri info jaminan bahawa mereka tidak akan 'susah' selepas beri maklumat.Kalau terus macam ni sapa sanggup?
Kami mohon kerjasama mangsa yang dibuli supaya tampil kerana ia akan membantu siasatan pihak polis," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini lokasi sekolah berasrama itu masih belum dikenal pasti namun sudah mengarahkan setiap ketua polis negeri dan pesuruhjaya polis negeri mengenal pasti lokasi kejadian.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya mengesan individu pertama yang menyebarkan klip video berkenaan bagi membolehkan pihak polis mengetahui lokasi kejadian dan mengenal pasti mangsa dan suspek yang terbabit dalam insiden itu.
Sehingga kini, polis tidak menerima sebarang laporan polis membabitkan penyebaran video berkenaan selepas ia mula menjadi virai di laman sosial.
Info-Bukankah bagus sekiranya buat pengumuman bagi saguhati pada pemberi maklumat.Bagi je la RM50 pun orang sanggup.Sebab semua barang naik harga.Rokok lagi naik semalam.Mesti ramai perokok yang terbabit rasa berbaloi jumpa polis beri info.