LOL Imigresen Beri Amaran Pada Pihak Berkepentingan Sebelum Serbu Cameron Highlands

Di Cameron Highlands, kita ada buat risikan melalui Unit Risikan dan kita pun ‘menunggu masa’…saya harap pihak berkepentingan di sana dapat berwaspada mulai sekarang,” katanya pada sidang media khas sempena pelantikannya di Kompleks Jabatan Imigresen di sini, Isnin.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen kini sedang ‘menunggu masa’ untuk melakukan serbuan terhadap penempatan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands.

Ketua Pengarahnya yang baharu dilantik, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, membasmi pendatang haram akan terus menjadi keutamaan jabatan itu dan fokus terkini akan diberikan terhadap kumpulan Pati di Cameron Highlands.

“Isu lambakan Pati akan menjadi agenda utama kita dan saya telah pun diberi taklimat mengenainya.

Mustafa yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah RELA berkata, masalah Pati di tanah tinggi itu agak berlainan dengan tempat lain.

“Punca dan masalahnya akibat sebab-sebab yang lain. Cameron Highlands di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan..dari segi Pati, di bawah tanggungjawab imigresen,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai serbuan yang akan dijalankan, beliau memberitahu, jabatan itu tidak akan bergerak secara sendirian sebaliknya akan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain seperti Majlis Daerah Cameron Highlands dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi penguatkuasa lain.

Bagaimanapun katanya, pegawai-pegawai daripada jabatan ini akan bergerak mengikut cara sendiri dan kesesuaian untuk bertindak ke atas Pati.

“(Serbuan) Bila-bila masa, tidak kira masa dan tidak kira siapa.

“Selagi namanya Pati, selagi menjadi tanggungjawab Imigresen, kita akan buat,” tegasnya.

Sekatat ini, jumlah pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan adalah sebanyak 11,016 orang namun terdapat dakwaan angka pekerja asing di situ mencecah 30,000.

Daripada jumlah itu, seramai 6,057 adalah warga Bangladesh yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pertanian (5,990 orang), perladangan (13 orang) manakala sektor pembinaan dan perkhidmatan berjumlah 54 orang.

Baru-baru ini sebanyak 181 Pati ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Gempak dan Mesra yang pertama kali dijalankan di tujuh lokasi iaitu Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla dengan melibatkan 369 pegawai dan anggota imigresen. - mStar Online

0 comment... add one now