Kereta Ning Baizura Hilang

Velfire curi,toyota,gambar kereta

Jika sebelum ini, kenderaan Awie dan wawa Zainal hilang, terkini kereta MPV
milik Ning Baizura berharga kira-kira RM300,000 pula hilang di curi.

Difahamkan, kereta model Toyota Velfire yang mempunyai tujuh tempat duduk
serta buatan sepenuhnya dari Jepun itu hilang di Hartamas, Kuala Lumpur
kira-kira jam 10 malam tadi.

Sehubungan itu, Ning telah menyebarkan Gambar keretanya itu di laman-laman
sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Rayu penyanyi itu,sesiapa
yang sekiranya terjumpa, boleh hubunginya segera.

Sabarlah Ning, mungkin ia dugaan bulan Ramadan. Serahkan sahaja kepada
pihak polis untuk membuat siasatan!

0 comment... add one now