Video Bomoh Naik Karpet Ajaib Di KLIA

Video Bomoh Naik Karpet Ajaib Di KLIA

SEPANG: Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib.

Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.

"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas," katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi.

Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy.

0 comment... add one now