Video Siapa Sebenarnya Samseng Jalanan Di Karak

Lebuhraya memang agak sibuk sewaktu cuti sekolah ini.Terutama dekat tol,sebelum sampai tol kereta akan bersimpang-siur mencari lorong tunai,smart tag atau touch n go.Kejadian ini berlaku beberapa hari lepas iaitu pada Sabtu lalu di Lebuhraya Karak. Myvi putih ini dikatakan telah melanggar kereta mangsa (perakam video) sebelum tol. Selepas melalui tol, mangsa mengajak pemandu Myvi tersebut ke tepi untuk berbincang. Pemandu Myvi yang berang dan datang meluru dan terus memaki mangsa sambil memecahkan cermin sisi kereta hingga mengakibatkan kecederaan.

Namun begitu cerita sebenar mengenai isu samseng jalanan di Karak ini tidak lagi menyebelahi sebelah pihak apabila ada saksi yang nampak kejadian tersebut komen difacebook.
Video yang pendek ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menyalahkan sebelah pihak.
Tambahan pula apabila dilihat isteri mangsa merayu-rayu minta selesaikan dibalai,seolah nampak sangat lelaki tu memang suka provoke.


0 comment... add one now