“Sayur yang dibajai dengan najis babi tidak menjejaskan kesihatan manusia kalau dimakan,” kata pensyarah di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Siti Aishah Hassan.
Menurutnya, babi adalah haiwan jenis sembelihan dan najis haiwan itu juga seperti najis lembu atau ayam yang akan mereput dan terurai sebelum nutriennya diserap oleh tumbuhan. Kebiasaannya, najis dikompos untuk mempercepatkan pelepasan nutrien yang digunakan.
Bagaimanapun najis tanpa pengkomposan juga boleh digunakan tetapi tidak boleh digunakan dengan banyak pada satu masa kerana akan mendatangkan masalah.
Begitu juga dengan air kumbahan khinzir yang digunakan segelintir petani untuk mendapatkan punca mikro organisme bagi mencepatkan proses pengkomposan. Kesemuanya tidak ada memberikan kesan kepada kesihatan, jelas Dr Siti Aishah.
Pensyarah di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Siti Aishah Hassan.
Pensyarah di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Siti Aishah Hassan.
Beliau menambah, cuma yang menjadi persoalan adalah berkaitan sensitiviti agama khususnya pengguna Islam. Ini kerana melibatkan hukum halal dan haram, memandangkan babi dan apa juga berasaskan haiwan itu adalah haram di sisi Islam.
“Bagaimanapun, di bawah pengetahuan saya setakat ini belum ada kajian saintifik dibuat khusus ke atas baja najis babi di negara ini.
“Di China, kebanyakan petani menggunakan najis khinzir sebagai baja," kata Dr Siti Aishah
Selain itu, beliau berkata, baja daripada najis manusia yang akan melalui uraian, juga digunakan petani di negara seperti Vietnam dan Kemboja. Bahkan tentu ada yang tidak menduga tumbuhan yang disiram dengan air kencing juga boleh tumbuh segar berikutan di dalam urin itu sendiri mengandungi nitrogen.
Pesan Dr Siti Aishah kepada suri rumah yang ada Kitchen Garden (kebun di dapur) atau menanam sayuran di keliling rumah, amalkan menyiram sayuran air basuhan ikan yang kaya dengan sumber mineral. Misalnya, air basuhan ikan bilis yang kaya dengan kalsium.
“Cara begini murah dan sayur kita ternyata selamat dimakan,” akhirinya.@sinar