Isu ini timbul apabila seorang wanita warga Afrika Selatan, Jonti Roos tampil mendedahkan beberapa gambar yang mendakwa perlakuan "luar jangka" juruterbang termasuk pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid dalam sebuah pesawat yang dinaikinya.
Roos mengatakan juruterbang serta Fariq mengajak dia dan rakannya masuk ke dalam kokpit ketika penerbangan. Dia turut mendakwa mereka merokok dalam penerbangan itu. Malah, Jonti turut menyifatkan mereka sebagai lelaki yang sedikit "gatal" apabila mengajak dia dan rakannya keluar sekiranya menetap di Kuala Lumpur untuk beberapa hari.
Akibat pendedahan itu, akhbar tabloid antarabangsa melabel Fariq sebagai lelaki yang suka berpoya-poya. Artikel yang dikeluarkan juga seolah-olah mengaitkan salah laku Fariq dalam insiden pesawat MH370.
Namun, melalui satu komen di dalam facebook. Kawan kepada Jonti Roos, Alen O Rosic mendakwa Roos sebagai seorang wanita yang gilakan perhatian.
Rosic turut mempersoalkan setelah berapa tahun berlalu, kenapa baru hari ini Roos mendedahkan gambar tersebut? Seolah-olah dia tahu apa yang berlaku dalam insiden kehilangan MH370 itu.
Nampaknya semakin ramai yang cuba mengambil kesempatan dalam kejadian ini. Wanita gila perhatian itu pasti menambah kesedihan kepada keluarga mangsa terutama keluarga Fariq Ab Hamid sendiri. Tengok TV Online