Gambar 5 Indonesia Serang Polis Hingga Maut

5 Indonesia Serang Polis Hingga Maut | 2 Anggota MPV Diserang oleh 5 lelaki dipercayai Indonesia, kejadian berlaku di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang Selangor lebih kurang jam 4 pagi tadi.

Dalam kejadian ini, 2 suspek telah ditembak mati dan seorang anggota polis maut ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Anggota yang meninggal dunia di kenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera d muka dan kepala.

Menurut sumber, semasa kejadian, 2 anggota polis tersebut melakukan rondaan terserempak dengan 4-5 lelaki disyaki Indonesia.

Anggota telah buat pemeriksaan dan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan tersebut, pistol milik Kpl Raja Aizam telah dirampas dan suspek telah cuba menembak Kpl Aidil tetapi tidak meletup. Kpl Aidil berjaya merampas senjata milik Kpl Raja Aizam dan telah berjaya menembak suspek.

Kpl Mohd Aidil masih di rawat di HTAR Klang.




0 comment... add one now