Tampal Semula Dara Bocor Kini Popular Di Malaysia

China memang terkenal dengan pasaran ekonomi mereka dan pembuatan barangan klon yang tinggi. Kini selaput dara buatan China, artificial virginity hymen (AVH) juga sudah ada dipasaran. AVH yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran China, Gigimo, itu kononnya dijual dengan harga 30 dollar AS.

Alat itu dipakai para wanita yang baru berkahwin untuk mengaburi suami bahawa mereka masih gadis dan dara. Artificial virginity hymenAVH dikhabarkan akan mengeluarkan cairan seperti darah jika pecah.

Gigimo memasarkan produknya di beberapa negara, terutama negara yang masih menganggap kegadisan dan dara adalah hal yang mutlak dimiliki wanita sebelum berkahwin.


Baca : Cara Memakai Dara Palsu

Selaput dara palsu tidak dikenal dalam dunia perubatan. Namun, dalam dunia perubatan memang ada teknik pembedahan untuk membaiki hymen yang robek, iaitu hymenoplasti.

Hymen adalah lapisan mukosa yang mengelilingi atau menutupi sebagian dari muara vagina. Lapisan tersebut memiliki pembuluh darah dan saraf. Akibatnya, robekan pada hymen sering kali diikuti dengan pendarahan dan rasa nyeri.

Lubang hymen besarnya kira-kira hanya satu jari. Jadi, kalau terjadi senggama pasti robek, kecuali yang sangat elastik yang tak mudah robek dan tak akan berdarah saat ditembus penis.-billyinfo

Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.
Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.

Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.-hmetro

0 comment... add one now