Rujuk Buat Erra Fazira Stress Dan Minta Jangan Paksa


Rujuk Buat Erra Fazira Stress Dan Minta Jangan Paksa | Erra mengakui dirinya akan diadili ramai pihak dan tertekan selepas permintaan rujuk semula dari bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39.Mereka bercerai sebulan yang lalu.

Sehingga semalam, kenyataan yang dimuatnaik Emran di laman Instagram miliknya menerima lebih 6000 likes sebagai tanda sokongan mereka agar dua insan ini disatukan semula demi anak tunggal mereka, Aleesya.

Bagaimanapun, Erra yang dihubungi Harian Metro menolak untuk memberikan sebarang ulasan kerana bimbang akan menyentuh hati banyak pihak. Katanya, hasrat bekas suaminya mahu kembali rujuk bukan perkara kecil tetapi turut membabitkan soal hati dan perasaan.

“Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa."

"Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya.”

Tambah pelakon Teater Suara Kita itu, apabila perkara ditimbulkan Emran itu mendapat maklum balas daripada umum, ia menyebabkan secara tidak langsung meletakkan dirinya dalam situasi tertekan kerana semua pihak cuba mengadilinya.

0 comment... add one now