Respon Tegas Erra Pada Engku Emran Yang Mahu Rujuk

Erra Fazira memberikan respon yang tegas pada bekas suaminya yang mahu rujuk semula selepas baru sahaja bercerai.Dia meminta bekas suaminya itu menghormatinya kerana akan tetap berusaha membahagian puterinya itu walaupun berstatus janda.

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan isu apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-oleh mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak.

“Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp yang dikirimkan di sini pada malam Ahad.

Tulisan #prayformomandayah pada baju yang dipakai Engku Aleesya dimuat naik di Instagram Emran pada Sabtu.


Pada Sabtu, Emran, 39, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah.

Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Dalam pada itu Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra.

Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.





Mungkinkah ada sinar untuk Erra Fazira dan Emran kembali bersama?

Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui.

"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.-mStar

0 comment... add one now