Ibu Potong Jari Anak Kerana Tiada Masa Tolong Buat Kerja Sekolah
AnonymousKESIAN, Ibu Potong Jari Anak Kerana Kerja Sekolah
Shanghai, China – Bodoh, gila dan begitu kejam seperti syaitan.
Kes kejam dan malang ini berlaku ke atas seorang budak berusia 8 tahun apabila tiga jarinya telah dipotong oleh ibunya selepas wanita itu bergaduh dengan bapanya hanya kerana kerja sekolah.
Semuanya kerana sang isteri Mingmei Sun memarahi suaminya Tu yang jarang pulang awal untuk membantu anaknya membuat kerja sekolah.
Ini telah menyebabkan dia yang terpaksa membantu anaknya itu.
Marah dengan tindakan Tu yang masuk ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu dari dalam selepas bertengkar, Mingmei Sun telah menarik anaknya dan memotong tiga jari tangannya dengan pisau pemotong daging.
Selepas memotong jari anaknya, dia yang dirasuk syaitan terus cuba mencincang tangan anaknya, namun gagal kerana jeritan kesakitan budak itu menyebabkan bapanya keluar dari bilik dan terus membawa anaknya ke hospital.
Menurut kata seorang doktor, apabila tiba di hospital, budak itu menjerit meraung kesakitan dan kehilangan begitu banyak darah.
“Nasib baik bapanya bertindak pantas dengan membalut tiga jari yang dipotong itu dalam tuala dan ais. Kepantasan bapanya berfikir membolehkan pembedahan menyambung jarinya dilakukan. Kita perlu melihat dalam beberapa hari lagi keadaan jari yang disambung itu,’’ kata doktor yang bertugas.
Ibunya kini ditahan polis untuk siasatan dan tindakan. Apa hukuman yang patut dibuat? Kesian budak yang jadi mangsa tu.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →