Mayat Karpal Singh Di Hina Di Facebook

Kurang ajar dan biadap sungguh kelakuan manusia yang sanggup menggunakan gambar mayat orang lain untuk bergurau.Kemana hilang perikemanusiaan?Sedangkan laman-laman sosial, akhbar-akhbar tempatan serta blog-blog dipenuhi gambar dan cerita tentang kematian Karpal Singh. Ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuk juga Perdana Menteri, Datuki Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan yang kini sedang dialami keluarga mangsa, lain pula status yang cuba disampaikan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di laman faebook miliknya sebentar tadi.

Beliau telah memuatnaik satu keratan berita yang tertera gambar Karpal Singh dalam keadaan menyayat hati dan disertakan pula dengan kenyataan ringkas berbunyi :"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama hehe."


Selain itu, Datuk Nawawi juga turut memuatnaik sekeping lagi foto Karpal Singh yang tidak begitu jelas kelihatan dan diikuti pula dengan kenyataan lain yang berbunyi : "Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada."


Sebenarnya, penulis sedikit tertanya-tanya apa motif sebenar Ahli Parlimen Langkawi itu memuatnaik dua keping foto keratan akhbar di facebook sedangkan keluarga mangsa sedang bersedih ketika ini? Mungkin sekadar bergurau kot tetapi macam tidak kena pada tempatnya pula.

Sumber : Idaman

0 comment... add one now